Table Of ContentBahagian Kedua: Tafsiran Ayat-ayat 9-31
Ayat-ayat 9-12:
Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang dikaitkan
dengan Isu Akidah.
MAFHUMNYA:
Adakah Engkau menyangkakan
yang kisah ‘Penghuni Gua’ (Ashabul Kahfi)
dan Anjing mereka (Ar-Raqiim) itu sahaja
yang lebih menakjubkan, dari semua tanda-tanda
yang membuktikan kekuasaan Kami? (9)
Peristiwa (penghuni gua itu) bermula
apabila sekumpulan remaja lelaki yang telah melarikan diri
(dari kezaliman kekufuran raja) dan kemudian bersembunyi
di dalam gua, lalu mereka terus berdoa dengan berkata:
“Ya Allah, Pembimbing kami!
Cucurkanlah RahmatMu terus ke atas kami,
dan atasilah semua urusan-urusan kami
dengan membimbing kami ke arah petunjuk Hidayah Mu!” (10)
Lalu mereka semua ‘ditidurkan’ dengan nenyaknya
di dalam gua itu, bertahun-tahun lamanya. (11)
1
(Kemudian Kami kejutkan mereka
dari tidur itu, semata-mata) untuk kami menguji
dengan kemunculan mereka (supaya Kami tahu),
siapakah di antara dua kumpulan yang berbalahan itu meneka betul,
berapa lamakah mereka telah berada di dalam gua itu
(atau mengenai kemungkinan
kebangkitan semula selepas mati). (12)
Tafsiran:
Adakah Engkau menyangkakan
yang kisah ‘Penghuni Gua’ (Ashabul Kahfi)
dan Anjing mereka (Ar-Raqiim) itu sahaja
yang lebih menakjubkan, dari semua tanda-tanda
yang membuktikan kekuasaan Kami? (9)
Tujuannya ialah, untuk membandingkan apa yang diminta
oleh kaum Quraisy dan Yahudi itu tidaklah begitu penting
jika dinilaikan dengan keimanan, Al-Qur’an dan Islam.
Ismail Haqqi mentafsirkan pengertian ayat ini sebagai:
“Sepatutnya, apa yang mereka mahu itu tidak perlu
dianggap penting dan tidak perlu engkau merasa ianya
penting.”
Ibnu Jarih pula mentafsirnya:
“Terdapat tanda-tanda lain yang lebih ajaib dan
menghairankan dari kisah ini!”
Ibnu Kathir pula menjelaskan ayat sebagai:
“Tanda-tanda Allah mencipta bumi dan langit, pergerakan
siang dan malam, perjalanan bintang, bulan dan matahari,
dan bintang-bintang lain adalah tanda-tanda agung
tentang kekuasaan Allah, dan Allah berbuat apa yang Dia
mahu. Oleh itu sepatutnya cerita penghuni gua ini tidaklah
sebesar-besar keajaiban dari tanda-tanda Allah.”
2
Syed Qutub pula berkata:
“4 ayat ini hanya menonjolkan kisah penghuni Gua dari segi
penceritaan Allah kepada umat Muhammad. Dan kisah ini
walaupun penuh keajaiban, tetapi bukanlah ianya dari
sebesar-besar keajaiban Allah.”
Ayat-ayat 9-12 ini menceritakan:
a) Sekumpulan remaja, bersembunyi di dalam gua
dengan penuh iman pada Allah.
b) Allah telah menidurkan mereka semua beratus-ratus
tahun, kemudian dibangkitkan mereka semula.
c) Terdapat 2 kumpulan yang bertelagah tentang
lamanya masa mereka berada di dalam gua itu atau
bertelagah samada Allah berkuasa menghidupkan
semula manusia yang telah mati. Inilah buktinya.
d) Riwayat Ibnu Abbas, tentang 2 kumpulan ini ialah:
Pertama: remaja-remaja itu sendiri yang
mempertikaikan lamanya masa mereka
ditidurkan dan berada di dalam gua itu,
dan
Kedua: Raja yang memerintah negeri itu sendiri
yang menunggu kehadiran pemuda ini, dan
dia juga mempertikai tentang lamanya
masa mereka berada di dalam gua itu.
e) Walaupun kisah ini luar biasa, ianya bukanlah luar
biasa sangat berbanding dengan tanda-tanda
keagungan Allah yang lain.
Dalam Tafsiran Ruhul Bayan, diceritakan bahawa
kumpulan remaja-remaja yang beriman itu adalah dari
kumpulan beriman pada zaman Nabi Isa as, dan mereka
adalah dari golongan bangsawan Rome. Raja mereka
bernama ‘Diqyanus’ dan dia sangat membenci orang-orang
yang beriman.
3
Tekanan demi tekanan membuatkan mereka melarikan diri
dari Raja itu dan bersembunyi di dalam gua. Diqyanus telah
menutup pintu gua itu, dan kaumnya rata-rata tidak percaya
tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi di
sinilah adanya pertelingkahan di antara kumpulan pertama
yang percaya adanya kebangkitan semula dan kumpulan
kedua pula tidak mempercayai adanya kebangkitan semula.
Dengan kemunculan kumpulan ini dari dalam gua itu, maka
ia membantu keimanan orang yang percaya pada Allah dan
beriman pada hari kebangkitan semula.
Seorang raja yang memerintah negeri itu, yang beriman
pada Allah, telah memohon pada Allah agar Allah
menunjukkan yang kebangkitan semula itu benar. Allah
telah memilih seorang rakyatnya, dan dia telah berjaya
membuka pintu gua yang telah ditutup oleh raja Rome itu,
dan membenarkan kambing-kambingnya berteduh dalam
gua tersebut. Pada masa itu, kesemua penghuni gua yang
telah ditidurkan selam 300 tahun itu dibangkitkan semula.
Apabila berita itu tersibar luas maka semua penduduk
negeri itu, lelaki dan perempuan, muslim dan kufur,
berpusu-pusu datang dan berbual dengan mereka dan
benarlah apa yang didakwah oleh raja itu yang manusia
akan dibangkitkan semula dan Allah berkuasa berbuat
demikian.
Setelah semua remaja-remaja itu menemui raja dan pulang
semula ke gua itu, mereka semuanya dimatikan mengikut
ajal mereka masing-masing. Dan orang-orang yang
beriman mencadangkan supaya sebuah masjid dibina di
atas kawasan gua itu sebagai tanda. (Petikan dari Ruhul
Bayan, Juzuk 5, m/s 224)
4
Peristiwa (penghuni gua itu) bermula
apabila sekumpulan remaja lelaki yang telah melarikan diri
(dari kezaliman kekufuran raja) dan kemudian bersembunyi
di dalam gua, lalu mereka terus berdoa dengan berkata:
“Ya Rabb, Tuhan kami! Cucurkanlah RahmatMu
terus ke atas kami, dan atasilah semua urusan-urusan kami
dengan membimbing kami ke arah petunjuk Hidayah Mu!” (10)
Ibnu Kathir mentafsir ayat ini dengan berkata:
“Remaja-remaja mukmin yang melarikan diri itu, melarikan
ugama mereka dari kaum mereka agar mereka tidak
difitnahkan, dan tempat persembunyian mereka ialah di
dalam gua di kawasan bukit. Apabila mereka masuk
sahaja ke dalamnya, mereka semua berdoa memohon
supaya Allah menurunkan rahmat terus dari sisiNya ke
atas mereka, menjaga matlamat mereka dan memberikan
mereka petunjuk.”
Syed Qutub pula merakamkan bahawa kisah Ashabul Kahfi
ini menggambarkan tauladan bagaimanakah kesan iman
ke atas kecelaruan dan kekusutan hidup, dan bagaimana
mereka yang menghadapi masalah besar ini, demi
mempertahankan iman dan akidah mereka, sanggup
berlindung di dalam gua dan memohon RAHMAT Allah.
Rahmat yang diharapkan ialah perlindungan dengan
rahmat itu dari semua kecelaruan ini.
Ismail Haqqi pula menghubungkan keimanan kumpulan
remaja ini bagai besi, dan ianya dikenali dengan nama Ilmu
Ladunni, iaitu ilmu terus dari Allah. Mereka menanggalkan
dari dalam diri mereka semua unsur-unsur keduniaan,
wang, pangkat, dan menerapkan kalimah Lailahailallahu,
dengan penafian adanya lain Tuhan dari Allah, sehingga
hati-hati mereka dipenuhi Nur Iman, dan terpancarlah Ilmu
Ladunni itu.
5
Lalu mereka semua ‘ditidurkan’ dengan nenyaknya
di dalam gua itu, bertahun-tahun lamanya. (11)
(Kemudian Kami kejutkan mereka
dari tidur itu, semata-mata) untuk kami menguji
dengan kemunculan mereka (supaya Kami tahu),
siapakah di antara dua kumpulan yang berbalahan itu meneka betul,
berapa lamakah mereka telah berada di dalam gua itu
(atau mengenai kemungkinan
kebangkitan semula selepas mati). (12)
Mengikut Ibnu Kathir, Allah telah menidurkan mereka
selepas mereka berdoa dan masuk ke dalam gua itu, dan
lamanya masa itu digambarkan sebagai ‘bertahun-tahun’
lamanya. Ismail Haqqi pula mentafsirkan bahawa Allah
melucutkan semua pancaindera, pendengaran dan
lain-lainnya dan menjadikan mereka terus nyenyak tidur
tanpa gangguan atau terjaga. Apabila sampai masa 300
tahun lamanya, maka Allah membangkitkan mereka dari
tidur mereka itu.
Mengapakah mereka dibangunkan semula, disimpulkan
oleh Allah sebagai:
“Tujuannya untuk Kami mengetahui siapakah di antara dua
kumpulan di kalangan mereka, yang tepat meneka berapa
lamakah mereka berada di dalam gua itu.”
Apabila mereka dibangunkan semula, mereka sesama
mereka mempersoalkan lamanya mereka sudah berada di
dalam gua itu. Sekumpulan dari mereka berkata baru
sehari, sekumpulan lain pula berkata baru separuh hari,
sedangkan mereka telah tertidur di situ selama 300 tahun
lamanya.
6
Kesimpulan yang boleh kita turunkan di sini ialah:
1. Mempertahankan iman dan akidah adalah
tanggungjawab individu itu sendiri. Pertahankanlah
iman dan amal anda dari kekufuran dan kecelaruan.
2. Setakat mempertahankan saja? Tidak! Kita
bersandarkan kepada Allah, pohon Rahmat Allah, dan
bertawakkal padaNya. Lihat saja pengertian doa yang
dilafazkan oleh Ashabul Kahfi itu:
a) Menggunakan perkataan ‘Rabb’, yang bererti
Penyayang dan Pembimbing, untuk berkomunikasi
dengan Allah.
b) Memohon rahmat terus dariNya, dan meyakini
rahmat Allah itu terlalu luas. Luas untuk membantu
kita dari sebarang urusan yang sulit, luas sekali
hingga boleh mencakupi beratus-ratus tahun
kesannya. Itulah Iman dan tawakkal pada Allah.
c) Memohon agar Allah memastikan matlamat
keimanan dan akidah mereka menjadi sasarannya,
bukan harta dunia dan kemewahan.
d) Yakinkanlah dalam diri sendiri yang kita akan mati
dan akan dibangkitkan semula. Beribu-ribu tahun
dalam barzakh itu hanyalah kelmarin atau baru tadi
sahaja. Kuasa Allah tidak terhad.
7
Ayat-ayat 13-16:
Kami menceritakan pada engkau
perihal mereka dengan penuh kebenaran!
Sesungguhnya mereka itu adalah remaja-remaja
yang kuat beriman dengan Allah, Tuhan mereka.
Dan Kami telah membantu
menambahkan Hidayah ke atas mereka. (13)
Dan Kami telah memperkuatkan hati-hati mereka
dengan keberanian dan kesabaran
semasa mereka terus beristiqomah
(dengan Tauhid dalam diri mereka, dan menegaskan):
“Tuhan kami (ialah Allah), Dialah Tuhan Pencipta dan Pentadbir
langit dan bumi, dan kami semua!
Bahawa kami memperakui tidak sekali-kali
akan kami menyembah selain dariNya,
dan jika kami menyembah selain dariNya,
bererti kami mengucapkan sesuatu
yang membohongi kenyataan kebenaran.” (14)
8
(Sambil bercakap-cakap sesama sendiri,
mereka berhujjah dengan berkata):
“Tengoklah kaum kita semua tu!
Mereka menyembah Tuhan-tuhan selain dari Allah.
Sepatutnya (dalam mencari kebenaran),
mereka hendaklah mengemukakan bukti-bukti
tentang ketuhanan sembahan mereka itu!
(Tetapi mereka tidak berbuat demikian,
sebaliknya mereka berdusta terhadap Allah)
Maka tidak ada yang lebih zalim,
dari orang-orang yang mendustakan Allah!” (15)
Dan oleh kerana kamu telah memutuskan
untuk memisahkan diri kamu dari orang-orang yang kufur itu,
dan mengasingkan diri kamu dari apa yang mereka sembah,
maka pergilah kamu bersembunyi dan berlindung di dalam gua itu,
supaya Allah, Tuhan kamu, akan melimpahkan RahmatNya
ke atas kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan
untuk menjayakan cita-cita urusan kamu itu
dengan bantuan-bantuan yang berguna. (16)
Tafsiran:
Ibnu Kathir mentafsirkan ayat-ayat 13-16 dengan
menyifatkan ianya sebagai permulaan sebuah cerita
sejarah yang mengisahkan sekumpulan remaja yang kuat
iman mereka.
Mereka adalah remaja-remaja yang telah menerima
kebenaran dari Allah dan beriman denganNya. Mereka
hidup berbekalkan hidayah dari Allah, menolak segala
kebatilan dan kekufuran menyembah selain dari Allah,
menguatkan ketaqwaan mereka dengan bersyahadah
menyembah hanya Allah yang Maha Esa sahaja, bersabar
dengan penuh berani menentang kaum mereka yang kufur,
serta sanggup berpisah dengan kemewahan hidup
(kebanyakannya mereka adalah anak raja Rom).
9
Ini adalah semata-mata kerana mereka tidak mahu sujud
kepada patung-patung yang disembah oleh kaum mereka.
Hati-hati mereka telah Allah ikatkan menjadi satu ikatan
yang sekata dan mereka boleh saling percaya
mempercayai, sehingga ianya menyuburkan tauhid dalam
hati-hati mereka. Mereka meninggalkan fitnah-fitnah itu dan
diarah oleh Allah untuk bersembunyi di dalam sebuah Gua
yang dikenali sebagai ‘Al-Kahfi’ (kerana janji Allah
mencucurkan rahmatNya ke atas mereka dan
menguruskan semua urusan mereka). (Rujukan Ibnu Kathir,
Jilid 3, m/s 75/76)
Ismail Haqqi Rusawi dalam Tafsir Ruhul Bayan pula
mentafsirkan ayat-ayat di atas menekan bahawa cerita
yang diminta oleh orang Quraisy supaya disampaikan oleh
Rasulullah ini sebagai satu cerita yang BENAR dan ianya
dari Allah. Di antara sebab-sebab kumpulan remaja ini
beriman pada Allah ialah adanya paksaan dari Raja Rom
supaya penghuni negeri itu sujud kepada patung dan
menyembah selain dari Allah. Mereka memutuskan untuk
melarikan diri dari fitnah itu.
Allah telah menetapkan ugama yang Haq kepada mereka
dan amalan ‘taqarrub’ mereka pada Allah adalah mengikut
naluri hati mereka dan ditambah hidayah itu oleh Allah.
Sebuah Hadith:
اعرذ هلا تبرقت , اربش ىلا برقت نم
Maksudnya:
“Sesiapa yang berusaha dengan mendekatkan dirinya
pada Ku pada kadar sejengkal,
maka Aku akan mendekatinya pada kadar satu hasta.”
(Rujukan Tafsir Ruhul Bayan, Jilid 5, m/s 222/3).
Kumpulan remaja ini berusaha mendapatkan hidayah terus
dari Allah, hidayah kepada beriman dengan ajaran-ajaran
yang pernah dibawa oleh nabi-nabi tentang kebangkitan
10
Description:Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang dikaitkan dengan Isu Akidah. Tiada sesiapa pun yang berupaya mengubah kalimah-kalimahNya;.