Table Of ContentPelajar 5A UPSR Dapat Hadiah
Kereta – Antara Kejahilan
Bapa Dan Kedengkian
Masyarakat
Pelajar
5A UPSR Dapat Hadiah Kereta – Antara Kejahilan Bapa Dan
Kedengkian Masyarakat
Pelbagai berita tentang reaksi masyarakat selepas keputusan
UPSR diumumkan baru baru ini. Isu hadiah Mini Cooper ini
menjadi hangat mengiringi kejayaan seorang anak seorang
peniaga ayam yang mendapat 5A di Kota Bharu. Walaupun telah
banyak diulas di media sosial dan akhbar, namun pembaca tetap
meminta kami memberikan ulasan kami kerana kononnya ulasan
kami selalunya berbentuk ilmiah yang adil dan lain dari yang
lain.
Kami ucapkan terima kasih dan bersyukur kehaderat Allah atas
penilaian positif yang diberi. InsyaAllah akan kami kongsikan
ulasan kami secara akademik Islam berdasarkan pertimbangan
sunnah dan fitrah sebagai seorang Muslim semampunya. Bagi yang
belum membaca berita tersebut, ada kami paparkan di blog kami.
Sila klik link berikut.
http://prihatin.net.my/2013/11/16/murid-cemerlang-upsr-terima-
hadiah-kereta/
WASATIYYAH CARA HIDUP ISLAM
Sebagai ketua keluarga, ingin kami nasihatkan. Berbuat sesuatu
biarlah mengikut fitrah dan sekadarnya. Amalkanlah budaya
Islam yang menganjurkan kita sentiasa bersederhana.
Memberi hadiah sebagai reward ke atas kejayaan yang dicapai
oleh anak tidak salah, malah digalakkan. Namun bagi seorang
anak seusia itu meminta hadiah sebegitu rupa dan dituruti oleh
ibu bapa adalah satu kesilapan yang sangat besar.
Meletakkan sesuatu biarlah kena pada tempatnya. Jika tidak
tunggu sajalah kehancuran. Demikian pesan baginda junjungan
SAW. Itu titah yang harus di junjung. Jangan kita hanya
menjunjung dibibir saja.
Boros dan membazir pula amalan syaitan dan pelakunya adalah
kerabat-kerabat syaitan. Itu firman Allah. Jadi jika kita
mengatakan Allah itu besar, maka besarkanlah Allah dengan
menjunjung titah perintah Nya. Jangan hanya mengatakan Allah
itu besar hanya dibibir sahaja. Jika kita sering menyebut
sodaqollah, benarlah kata-kata Allah baka ikutilah nasihatNya
dalam kehidupan harian kita.
Surah Al-Israk:26-27, “Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga
yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang
dalam perjalanan; dan janganlah kamu menghambur-hamburkan
(harta mu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu
ialah saudara-saudara syaitan dan SYAITAN itu adalah SANGAT
INGKAR kepada Tuhannya”.
KEJAYAAN DAJJAL BERMATA SATU
Dajjal adalah makhluk yang dikatakan bermata satu. Analogi
mata satu ini ialah apabila kita memandang sesuatu itu hanya
dengan sebelah mata sahaja. Inilah prinsip tidak apa… biarkan
saja… ikut aku punya suka..
UNTUK MELAWAN DAJJAL ini ialah dengan menanam jiwa prihatin
kepada anak. Ajar anak agar melihat sesuatu dengan dua belah
mata. Ajarkan anak untuk hidup bertimbang tara dan bertimbang
rasa. Ajar anak untuk hidup bersederhana, walaupun kita kaya
raya. Tapi bagaimana ia boleh berlaku jika ibu bapa sendiri
sudah lama memandang dengan sebelah mata?
DAKYAH FREEMASON telah sangat berjaya merasuk masyarakat kita.
Itulah budaya menyembah berhala harta (al-Uzza)… tahta (al-
Latta) dan wanita (al-Manna). Dalam isu ini, si anak telah
buta hati dengan tergamak meminta hadiah sebegitu. Ibu pula
tidak mampu menasihati anak agar tidak keterlaluan. Yang
paling malang sekali bila si bapa selaku Abal Hakam (penentu
hukum) dalam keluarga seperti hilang kewarasan memikir,
wajarkah anak perempuan seumur ini diberi hadiah sebegitu
rupa? Tambahan diwar-warkan dihalayak ramai dan media.
GEJALA HUTANG DAN RIBA yang sangat dilarang oleh Allah
nampaknya sangat berjaya menembusi iman masyarakat, sehingga
kita semua sudah tidak langsung merasa akan dosanya.
Pengalaman berpuluh tahun rata-rata menunjukkan peniaga ayam
banyak hutang terhadap pembekal mereka. Ada antara hutang
pembekal yang tidak dibayar pun hingga menjadi hutang lapuk.
Pembelian rumah dan kereta juga banyak menggunakan pinjaman
yang berunsur riba. Jika kereta ini mampu dibeli tunai
sekalipun, berapa banyak riba lain yang masih dipikul dalam
keluarga itu? Tidakkah lebih baik itu dikurangkan dahulu?
Inilah kejutan budaya terhadap manusia bernama Melayu dan
Islam saat ini. Hati sudah terlalu jauh dari Allah. Kerana itu
prinsip dan cara hidup telah dikuasai oleh nafsu yang
ditunggang oleh fahaman jahat syaitan dan kuncu kuncunya.
Perintah Allah tolak tepi belaka, dilihat hanya sebelah mata.
Sebiji sawi riak boleh menghapus segala amal. Dalam kes ini
kelihatan ia bukan lagi sebiji sawi. Semua pihak dapat
tempiasnya. Pihak pembekal kereta mahu nama, pihak sekolah
mahu nama, pihak ibu bapa juga terang-terang mencari nama, dan
yang paling menyedihkan ialah si anak yang malang ini. Kita
hanya boleh bersangka baik apabila si ibu katakan tujuan
dimuat naik ke facebook untuk kenangan keluarga, dan akhbar
utama turut mensesasikannya. Marilah kita sama-sama
beristighfar.
Sekali lagi kami mengajak pembaca belajar membaca tanda. Nak
hujan ada tanda, nak masuk Ramadhan ada tanda, nak raya ada
tanda, nak kiamat juga ada tanda. Sikap manusia juga menjadi
ukuran tanda. “Kamu kenal mereka dari kata-katanya”, “kamu
kenal mereka dari perbuatannya”, kata Allah. Orang berilmu,
beriman dan takutkan Allah ada tandanya. Orang marah ada
tanda, orang suka ada tanda, orang zuhud dan tawaduk ada tanda
dan orang RIAK pun ada tandanya juga.
BAGAIMANA MENDIDIK ANAK JADI PRIHATIN
Umur 12 tahun adalah saat peralihan pembentukan jiwa remaja.
Untuk melawan fitnah Dajjal bermata satu, kita harus hidupkan
fungsi kedua-dua belah mata si anak. Inilah hakikat prihatin
yang bakal melawan dajjal yang sengaja buat degil. Yang Allah
larang Dajjal hasut agar kita langgar, yang Allah suruh juga
dajal suruh kita pandang sebelah mata saja. Jika gagal kita
bentuk seumur ini, maka kerosakan akhlak yang kekal biasanya
berlaku. Waktu itu kecemerlangan akademik tiada gunanya.
Ada lebih baik jika kita didik anak kita untuk bernazar.
Antaranya ajak anak nazar puasa sunat, ajak anak ziarah ke
kubur nenek dan membacakan doa kesyukuran. Bawa anak ke Mekah
yang hanya memerlukan beberapa ribu Ringgit sahaja jika kita
terlalu kaya. Belikan anak senaskah Quran dengan terjemahan
Per Kata. Ajak anak ziarah rumah fakir miskin, didik anak
menyerahkan sendiri wang sedekah kepada fakir miskin agar ia
belajar hidup bertimbang rasa.
Hadiah seperti ini akan memberikan keberkatan luarbiasa.
Inilah perlakuan atas NAMA ALLAH. Ini yang disarankan oleh
pengatur alam yang mana kita dan anak kita adalah sebahgian
dari isi alam yang diatur olehNya. Inilah awal niat dan dasar
amal degan berBASMALLAH. Anak akan terdidik untuk menambah
ilmu dan tarbiah yang bersifat Uluhiyah. Ibu bapa dan anak
sebegini akan dihormati dan disayangi rakan taulan dan
masyarakat yang sanggup mempertahankan keselamatan mereka.
Berhasad dengki jauh sekali.
Sedekah itu gambaran tasdiq dihati. Itu tanda kita mensiddiq
seruan Allah dan nabi. Alangkah baiknya jika kesyukuran atas
kejayaan anak itu dikongsi dengan mereka yang tidak bernasib
baik. Doa-doa dari mereka yang tertindas ini akan menambahkan
kejayaan dan menyuburkan jiwa. Itu kaedah sedekah sebagai
membenarkan kesyukuran atas kejayaan yang diterima.
APA KESAN BURUK DARI HADIAH MINICOOPER?
Pada hari yang sama kita semua juga membaca berita anak cacat
yang terpaksa pulang ke rumah dengan didukung oleh bapanya,
seorang buruh kasar. Kita juga pernah dengar kisah Nik
Nurmadiha yang berjaya dengan hidup miskin dan terpaksa
berpuasa. Jauh dari itu, kita ada ramai lagi anak yang makan
nasi dengan berlauk garam, yang hidup dalam kegelapan dan
rumah yang basah dek hujan.
AKIBAT MENGIKUT HASUTAN DAJJAL, anak juga bakal terdidik untuk
menjadi orang yang riak dan tidak berjiwa prihatin. Anak akan
sukar mengenal erti hormat, erti kasih sayang dan tolong
menolong. Kita semua sanggup berhutang dan menelan riba yang
menjadi bara neraka, yang nabi kata lebih teruk dari dosa
zina. Ramai ibu bapa yang masih sanggup menipu, mencuri,
rasuah, menindas dan sebagainya hanya untuk memenuhi tuntutan
NAFSU. Anak pasti akan ikut habit ibu bapa ini. Habit ini juga
bakal membentuk budaya amal saudagar, beramal hanya kerana
upah, bukan kerana Allah.
TABIAT RIAK ini akan menambah jurang pengkastaan masyarakat.
Janganlah buat-buat tidak tahu bahawa gelagat ini mengguris
hati mereka yang tidak ampunya, yang hidup papa kedana, yang
berlapar ditinggalkan bapa dan keluarga. Mungkin anda boleh
lihat dalam gambar untuk membayangkan apa isi hati anak
berbaju merah yang menggigit jari. Cuba anda pergi ke pasar di
Kelantan, lihat betapa besarnya gelang emas penjual ayam. Anda
lihat berapa besar rumah dan kereta pembekal dan penternak
ayam. Sila buat kajian berapa banyak hutang lapuk mereka? Riba
mereka? Zakat mereka? Ini bukan andaian, tetapi ini kenyataan
berdasarkan pengalaman yang lama bersama mereka.
JANGAN DIPANDANG REMEH GEJALA ini. Jika kita tidak sedar
sekarang, jurang yang semakin jauh akan menyuburkan penyakit
hati dan ini akan mengundang jenayah. Bagi kami, jika
sekalipun keluarga ini melakukannya dengan senyak-senyap, ia
masih tidak wajar atas dasar kesan buruk dari pembangunan
psikologi anak ini. Apatah lagi dengan mewar-warkan sampai
bawa kereta ke sekolah dan disiar meluas begini. Inilah salah
satu undangan kepada kes culik, rogol, rompak dan sebagainya.
Inilah kejayaan Dajjal yang menjadikan kita sebagai mangsanya.
Berjayanya kita yang dahulunya hidup susah adalah jauh lebih
baik dan bererti daripada kejayaan anak yang dimanjakan dengan
pelbagai gajet, dengan limpahan ringgit, dengan tuisyen dan
seribu satu macam kemanjaan. Anak dapat 5A, tapi ramai yang
tidak tahu memasak dan membelah kayu api, tak tahu menghormati
datuk nenek, ibu bapa saudara atau mereka yang lebih tua.
Saudara mara bertandang ke rumah pun tidak tahu menyapa dan
bersalam mesra, asyik sibuk dengan buku, internet dan tablet
mereka. Ini semua telah menjadi gejala yang sangat berleluasa
dalam masyarakat kita.
APA BEZANYA 5A DENGAN 4A1B ATAU 2A3B?
Kami dalam rangka pengkajian mendalam untuk module pendidikan
dunia. Apa yang kita tanamkan belum cukup baik untuk
memanusiakan manusia. Anak ini berkata, semuga hadiah ini
menjadi pendorong kepada kejayaan seterusnya. Masih ingat
kisah Anakku Sazali? Jika terlupa kami ingatkan anda sebagai
saudara. Semuga ada kesedaran agar anak ini dapat dididik agar
terus belajar kerana Allah, walaupun tanpa hadiah Mini-Cooper.
5A pertanda kemampuan menghafal, penggunaan otak kiri anak ini
sangat hebat. Yang tidak penuh 5A namun masih dapat A dan B
bagi kami harus kita ucap tahniah. Ada kemungkinan anak ini
banyak guna masa untuk mendalami agama, menjaga adik, atau
menolong ibu bapa. Anak sebegini mungkin banyak menggunakan
masa dan otak kanan untuk berfikir tentang nasib keluarga dan
negara. Anak begini tiada kurangnya kerana mereka masih ada
kemampuan ‘membaca’ dan ‘mengira’. Dengan furqon mereka tidak
mustahil mereka akan lebih cemerlang dari kita.
Terimalah hakikat alam di mana kebanyakkan orang yang berjaya
melangit adalah orang yang sederhana tapi pandai ‘membaca’ dan
‘mengira’. Itulah kemampuan ‘iqra’ dan furqon’ namanya. Bukan
yang berjaya dengan menghafal dan mengharapkan ganjaran
sahaja. Isu ini menampakkan anak dan ibu bapa ini tidak pandai
‘membaca’ dan ‘berkira-kira’. Ini sebenarnya menjadi gejala
bangsa.
KESIMPULANNYA.
Tahniah kepada anak yang dapat 5A semuanya. Tahniah kepada
yang masih mampu dapat walaupun 1A 4B atau seumpamanya.
BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH kerana itu sudah jauh lebih cukup
untuk membuktikan anda ada kemampuan akal untuk mendapat 5A.
Kami doakan pelajar semua mampu membangun diri menjadi insan
yang bukan mendapat 5A kerana inginkan hadiah harta, tapi
kerana ingin membuktikan Islam itu tinggi dan anda bakal jadi
insan prihatin, menjadi pembela agama untuk menolak angkara
Dajjal durjana.
Untuk keluarga ini, tahniah dari kami. Kami ikut mengulas
kerana kami sayang anda dan anak anda sebagai saudara seagama
kami. Jauh sekali kerana hasad dan dengki, atau untuk mencaci.
Jika tidak kita sebagai saudara, nak harap siapa lagi? Kerana
agama itu NASIHAT. WATAWASAU BIL HAQ, WA TAWASAU BISSOBR (dan
yang menasihati dengan perkara yang haq, dan menasihati dengan
kesabaran). Itu perintah Allah dan pesan nabi saw.
Hasil Bacaan dan Perkiraan
WARGA PRIHATIN
Bicara Akhlak – Adab Menegur
Pemimpin dan Orang Tua
Demi memenuhi permintaan pembaca untuk mengulas isu yang tiba-
tiba jadi hangat ini, kami hanya berminat menyentuh soal
AKHLAK yang menyentuh teguran menteri terhadap Datuk Jamal
Nasir yang seolah-olah dilabel ‘budak suruhan’ FAM. Bukan
urusan kami untuk menyentuh soal teknikal kontroversi dalam
FAM. Kami bukan penyokong mana-mana parti politik, juga bukan
penyokong mana-mana pasukan bola sepak yang bersifat
kenegerian.
Setelah membaca isu yang diketengahkan oleh pembaca kami
membuat rumusan mudah bahawa bola sepak adalah sukan nombor
satu negara dan menjadi perhatian dan minat ramai orang. Oleh
kerana itu sesiapa saja berhak memberikan pandangan, apatah
lagi bagi seorang menteri seperti YB Khairi Jamaludin. Sila
baca berita ringkas ini jika anda belum mengikutinya sebelum
ini. Kami akan mengulasnya di hujung nanti.
TAJUK : SITI BIDAS, KHAIRY MASIH MEMBISU
OLEH : Raziatul Hanum A. Rajak
SINAR HARIAN – 13 November 2013
Nama Datuk Siti Nurhaliza tiba-tiba dikaitkan dengan Menteri
Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Dek kenyataan Khairy yang
disifatkan kurang manis oleh penyanyi nombor satu Malaysia
itu, Siti menegur Khairy di laman mikro Twitter, semalam.
Dalam satu sidang media Isnin lalu, Khairy menyelar bekas
kapten skuad kebangsaan yang juga ahli jawatankuasa Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Jamal Nasir yang dilaporkan
terguris hati apabila ada pihak yang mengkritik secara melulu.
“Jika beliau bukan budak suruhan FAM, bukan pemimpin FAM, jadi
jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau
tiada apa-apa jangan masuk campur,” katanya pada sidang media
selepas melakukan lawatan rasmi ke Majlis Olimpik Malaysia
(MOM).
Semalam, Siti menulis di akaun Twitter miliknya, “ sebagai
menteri muda dan diperhatikan, rasanya Khairy perlu
menggunakan pendekatan yang lebih berhemah. Lantang tak perlu
biadab dengan yang lebih tua.”
Status tersebut menerima pelbagai maklum balas dan tidak
kurang juga yang mengkritik Siti kerana masuk campur urusan
bola sepak negara.
Dalam kenyataan yang dipetik di sebuah akhbar tempatan hari
ini, Siti akui teguran tersebut ikhlas terpulang sama ada mahu
menerimanya ataupun tidak. “Siti cuma tidak berapa suka dengan
pendekatan Khairy kerana beliau menteri muda dan sentiasa
dipandang tinggi.
“Perkataan ‘budak suruhan’ daripada seseorang yang muda
sepertinya kepada yang agak tua seperti Datuk Jamal memang
kurang manis. Ada lagi bahasa yang elok patut digunakan. Siti
sekadar menegur, tidak mahu ia menjadi ikutan pula selepas
ini. Siti tegur dengan ikhlas, kalau tidak mahu terima,
terpulang. Siti hanya rakyat biasa,” katanya.
Sehingga hari ini, isu tersebut masih belum mendapat maklum
balas daripada Khairy.
ULASAN KAMI:
SITUASI MENTERI, FAM, DATUK JAMAL NASIR
Kita semua tahu bahawa Khairy yang masih agak baru dilantik
menjadi Menteri berkenaan agak terkenal dengan minat dan
perhatian beliau dalam bidang bola sepak sejak dahulu lagi.
Beliau telah melakukan banyak usaha untuk memajukan bolasepak
negara sejak sebelum menjadi menteri lagi.
Sebaik saja dilantik menjadi menteri, beliau menghadapi banyak
cabaran untuk menyelesaikan pelbagai kontroversi dan
kepincangan dalam persatuan yang berasaskan sukan utama negara
seperti BAM, FAM dan sebagainya. Oleh kerana kegigihan Khairy,
beliau banyak mendapat sokongan peminat sukan tersebut.
Bagi kepincangan yang telah lama berlarutan, kadang kadang
ketegasan memang diperlukan. Jika beliau terus bersikap lunak,
Description:Dipan-dipan itu makananku. Syuro itu darah dagingku. Jemaah Moreover Dutch colonialism was never grounded in religious zealotry. However.