Table Of ContentINVENTORI PERSONALITI SIDEK
Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal pasti ciri-ciri atau tret-
tret personaliti individu. Ujian personaliti ini adalah ujian yang mempunyai format jawapan ‘Ya’
atau ‘Tidak’. Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian dikatakan dapat
menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti Sidek atau singkatannya IPS
misalnya mempunyai 15 skala yang mampu mengenal pasti 15 ciri-ciri personaliti individu.
Inventori Personaliti Sidek adalah satu alat ukuran yang bertujuan untuk mengukur atau
mengenal pasti trait-trait atau ciri-ciri personaliti berikut, iaitu; Agresif, Analitikal, Autonomi,
Bersandar, Ekstrovert, Intelektual, Introvert, Kepelbagaian, Ketahanan, Kritik Diri, Mengawal,
Menolong, Sokongan, Struktur dan Pencapaian. Alat ukuran ini juga mengandungi skala penipuan
untuk menentukan kejujuran responden dalam menjawab item ujian.
Pentadbiran Inventori Personaliti Sidek
Bagi menjawab Inventori Personaliti Sidek ini, masa yang diperuntukkan adalah selama 20
hingga 30 minit. Tempoh masa ini adalah yang paling dan berkesan meskipun jangka masa yang
sebenar untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam
bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan
meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian
supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan.
Pengiraan Skor Dan Pembentukan Profil IPS
Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian boleh dibuat secara manual atau
mengutamakan program komputer yang khusus. Sekiranya pengiraan skor dan pembentukan profil
ujian personaliti dilakukan secara manual adalah sangat perlu agar ianya dibuat dengan teliti dan
1
hati-hati. Umumnya, borang jawapan IPS mengandungi 16 baris dan 10 lajur. Bilangan baris
menjelaskan bahawa alat ini mengukur 16 faktor iaitu 15 tret personaliti dan 1 skala penipuan.
Sementara, 10 lajur menjelaskan bahawa setiap tret atau skala diwakili oleh 10 item. Untuk tujuan
pengiraan skor mentah, fokus hanya diberikan kepada jawapan ‘Ya’ yang perlu dibuat baris demi
baris. Oleh kerana setiap tret diwakili oleh 10 item, maka kadar skor maksimum yang boleh
diperolehi individu ialah 10. kadar skor mentah ini kemudiannya ditukarkan kepada peratus
dengan didarabkannya dengan 10. Untuk 0/10 tukar markah kepada 1% dan 10/10 tukar kepada
99%. Hal ini kerana, tiada manusia yang tiada tret personaliti tersebut dan tiada manusia yang
sempurna personalitinya.
Andaian Asas Pentafsiran Profil IPS
Menurut Profesor Madya Dr. Sidek Mohd Noah, dalam erti kata sebenar, personaliti sesorang itu
tiada yang gagal. Selain itu, tiada individu yang sempurna personalitinya ata yang kosong/sifar
pada personalitinya. Tambahnya lagi, personaliti dalah kualiti intrisik manusia yang boleh
berubah.
2
Pentafsiran Profil IPS
Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu. Pentafsiran skor
yang diperolehi berhubung dengan trait-trait berkenaan adalah seperti berikut;
Agresif Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda adalah seorang individu yang
agresif. Anda suka mengkritik orang lain. Dalam
kebanyakan hal, hati dan perasaan orang lain bukanlah
merupakan tumpuan anda, yang penting ialah hajat dan
matlamat anda tercapai. Menunjukkan anda adalah
Skor Sederhana (40-70%) seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri.
Dalam kebanyakan hal, anda selalunya menuntut hak
anda tetapi pada masa yang sama hati dan perasaan
orang lain anda jaga.
Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan anda adalah seorang yang pasif. Dalam
kebanyakan hal, anda membenarkan orang lain
memanipulasi diri dan perasaan anda.
Analitikal Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda adalah seorang yang sensitif
kepada persekitaran, suka menganalisis orang lain, diri
sendiri mahupun situasi. Anda suka membuat
pemerhatian, penyelidikan dan analisis.
Skor Sederhana (40-70%) Menunjukkan yang ciri analitikal anda adalah
sederhana. Minat anda untuk menganalisis adalah di
tahap sederhana.
3
Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan anda adalah seorang yang kurang atau
tidak berminat dengan perkara-perkara yang
memerlukan anda membuat analisis. Anda adalah
individu yang praktikal. Ketika berinteraksi dengan
orang lain, anda tidak cuba membaca yang tersirat.
Autonomi Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda sukakan kebebasan sepenuhnya
dalam segala tindakan serta dapat mengawal dan
menentukan aktiviti-aktiviti seharian.
Skor Sederhana (40-70%) Menunjukkan ciri-ciri autonomi anda adalah di tahap
sederhana
Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan anda lebih suka menerima arahan orang
lain dan struktur sosial yang memerlukan keakuran.
Bersandar Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda suka bergantung kepada orang lain.
Dalam membuat sesuatu keputusan, anda selalunya
mengharapkan pendapat dan nasihat daripada orang
lain terutama yang individu mempunyai autoriti. Anda
selalu meminta orang lain menunjukkan arah yang
harus anda tuju.
Skor Sederhana (40-70%) Menggambarkan tahap pergantungan anda di tahap
sederhana.
Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan yang anda adalah individu yang suka
berdikari. Dalam membuat sesuatu keputusan dan
4
melakukan sesuatu aktiviti, anda selalunya tidak
bergantung kepada orang lain.
Ekstrovert Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda adalah individu yang sosial. Anda
suka berinteraksi dan dikelilingi oleh orang ramai di
samping merasa tidak selesa duduk bersendirian.
Skor Sederhana (40-70%) Menunjukkan yang anda mempunyai kedua-dua ciri
sosial dan tidak sosial. Umumnya, tahap sosial anda
adalah sederhana.
Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan anda adalah individu yang kurang atau
tidak sosial. Anda selalu mengelak untuk berinteraksi
dalam kumpulan besar dan lebih selesa berada dalam
kumpulan kecil. Anda lebih selesa kepada situasi kerja
bersendirian atau satu sama satu.
Intelektual Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda sukakan aktiviti yang memberi
cabaran dari segi intelektual. Anda merasa puas
dengan aktiviti-aktiviti keilmuan tetapi tidak puas
dengan aktiviti-aktiviti yang berulang-ulang.
Skor Sederhana (40-70%) Menunjukkan ciri-ciri intelektual anda berada di
tahap sederhana.
Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan anda tidak merasa selesa denga perkara-
perkara yang bersifat teoritikal. Anda lebih berminat
dan selesa dengan kerja-kerja yang berstruktur,
5
praktikal, dan pragmatik. Kerja yang dipilih selalunya
adalah kerja-kerja berkemahiran.
Introvert Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda adalah individu yang tidak sosial
dan suka mengelak situasi-situasi yang memaksa anda
berkomunikasi. Anda lebih selesa dengan setting kerja
bersendirian atau satu sama satu.
Skor Sederhana (40-70%) Menunjukkan ciri-ciri sosial anda adalah di tahap
sederhana iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu
rendah.
Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan anda adalah individu yang suka
melibatkan diri dalam perhubungan interpersonal dan
suka berada di kalangan orang ramai. Anda adalah
seorang yang sosial.
Kepelbagaian Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda dapat menghayati situasi-situasi
yang dapat memberikan peluang-peluang untuk
pengalaman-pengalaman baru. Anda suka kepada
perubahan dan selalunya suka mencuba sesuatu yang
baru. Anda adalah seorang yang adventures.
Skor Sederhana (40-70%) Menunjukkan ciri-ciri kepelbagaian anda adalah di
tahap sederhana.
Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan anda lebih sukakan situasi-situasi
pekerjaan yang stabil dan selamat. Anda tidak selesa
6
dengan situasi-situasi dan pengalaman-pengalaman
baru.
Ketahanan Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai
ketahanan dari segi fizikal, mental dan emosi. Anda
akan menghabiskan semua tugas-tugas yang telah
dimulakan dan tidak akan berhenti separuh jalan. Anda
sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu.
Skor Sederhana (40-70%) Menunjukkan ciri-ciri ketahanan anda adalah di tahap
sederhana.
Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan anda kurang atau tiada ketahanan dari
fizikal, mental dan emosi. Anda mudah mengenepikan
sesuatu jika dirasakan tidak bernilai, cepat bosan dan
lebih mendapat kepuasan dari kerja-kerja kreatif atau
yang berkaitan dengan orang ramai.
Kritik Diri Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan individu yang bermasalah. Skor yang
tinggi ini selalunya dikaitkan dengan individu selalu
merasa rendah diri, bimbang, rasa bersalah terhadap
apa yang telah dilakukan atau tidak percaya yang ia
telah mencapai sesuatu dengan jayanya. Individu yang
mendapat skor antara 60% hingga 70% dikatakan
mendapat faedah daripada kaunseling individu.
Sementara, individu yang mendapat skor lebih
7
daripada 70% dikatakan sangat memerlukan
Skor Sederhana (40-70%) kaunseling individu.
Dikaitkan dengan individu yang stabil dari segi emosi
Skor Rendah (1-40%) dan psikologinya
Biasanya menganggap diri mereka sentiasa betul dan
yang bersalah adalah orang lain.
Mengawal Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda adalah individu yang suka
mengawal dan memimpin orang lain. Anda lebih suka
memimpin daripada dipimpin. Selalunya memilih
kerjaya yang berkaitan dengan kepemimpinan seperti
Pengurus, Pentadbir awam, Peguam, Pegawai tentera,
Ahli politik dan lain-lain.
Skor Sederhana (40-70%) Menunjukkan ciri-ciri mengawal dan kepemimpinan
anda adalah di tahap sederhana.
Menunjukkan anda lebih selesa dipimpin daripada
Skor Rendah (1-40%) memimpin. Kerjaya utama yang berkaitan ialah
setiausaha, pragmugari, akauntan, ahli biologi dan
lain-lain.
Menolong Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda lebih selesa dipimpin daripada
memimpin. Kerjaya utama yang berkaitan ialah
setiausaha, pragmugari, akauntan, ahli biologi dan
lain-lain.
8
Skor Sederhana (40-70%) Menunjukkan ciri-ciri menolong anda adalah di tahap
sederhana
Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan anda tidak suka terlibat secara emosi
dengan orang lain. Individu lebih memfokuskan
kepada diri sendiri.
Sokongan Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai
keinginan untuk dikasihi, difahami dan mendapat
simpati. Kombinasi dengan skor rendah untuk trait
personaliti menolong menunjukkan anda adalah
individu yang sangat mementingkan diri.
Skor Sederhana (40-70%) Menunjukkan ciri-ciri sokongan anda berada di tahap
sederhana.
Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan anda tidak suka bergantung secara
emosi kepada orang lain
Struktur Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda adalah individu yang suka kepada
perkara-perkara berstruktur, rutin, dan terperinci.
Lebih gemarkan kepada kerjaya-kerjaya yang
memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan
berulang-ulang.
Skor Sederhana (40-70%) Menunjukkan ciri-ciri personaliti struktur anda
beradadi tahap sederhana.
Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan anda lebih suka kepada aktiviti-aktiviti
yang tidak berstruktur dan tidak berulang-ulang.
9
Pencapaian Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda adalah individu yang sangat
bermotivasi dan suka bersaing dalam mencapai sesuatu
matlamat.
Skor Sederhana (40-70%) Menunjukkan motivasi anda berada di tahap
sederhana.
Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan individu yang rendah motivasinya dan
tidak begitu kisah tentang peranan status dan kuasa
dalam kerjayanya.
Kejujuran Skala ini adalah skala yang khusus untuk mengesan kejujuran responden dalam
menjawab item ujian. Skor melebihi 50% menunjukkan responden cenderung untuk
tidak jujur dalam memberikan jawapan dan dengan itu, profil yang diperolehi adalah
tidak boleh dipercayai. Skala ini merupakan skala validiti dan telah dimasukkan ke
dalam alat ukuran IPS pada tahun 1998.
10