Table Of Content37
Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010 (37 - 56)
KEPUASAN TERHADAP AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT
DAN PEMBANGUNAN KESEJAHTERAAN SOSIAL DALAM
KALANGAN PELAJAR TAHUN SATU DI UNIVERSITI
KEBANGSAAN MALAYSIA
Roslina Ahmad Faisal
Salleh Amat
Noriah Mohd. Ishak
Abstrak
Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum universiti yang penting
dalam memberi sumbangan terhadap penyuburan fizikal, mental, emosi dan
sosial pelajar.Kejayaaannya di universiti bergantung kepada beberapa faktor.
Antara faktor-faktor yang dianggap penting ialah kewangan, kemudahan
dan peralatan yang mencukupi selain daripada penglibatan tenaga pengajar
dan pelajar. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk menganalisis tahap
kepuasan pelajar terhadap aktiviti Khidmat Masyarakat dan pembangunan
kesejahteraan sosial pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam kajian
ini 119 orang pelajar yang menyertai aktiviti ko-kurikulum telah menjadi
responden kajian.Kajian ini menggunakan teknik soal-selidik.Hasil analisis
kajian ini menunjukkan bahawa tahap kepuasan pelajar terhadap aktiviti
Khidmat Masyarakat adalah pada tahap sederhana. Begitu juga dengan tahap
kesejahteraan sosial pelajar juga pada tahap sederhana.Selain itu, kajian juga
mendapati bahawa tiada perbezaan dari segi tahap kepuasan dan kesejahteraan
sosial berdasarkan jantina.Secara statistik, kajian ini mendapati wujud
hubungan yang signifikan antara tahap kepuasan terhadap aktiviti Khidmat
Masyarakat dengan tahap kesejahteraan sosial pelajar.Implikasi kajian juga
turut dibincangkan dalam kajian ini.
Kata kunci:Kokurikulum, Khidmat Masyarakat, Kesejahteraan Sosial
Abstract
Cocurriculum are part of the university curriculum in contributing to the
enrichment of the physical, mental, emotional and social aspect of the students.
Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010
38 Roslina Ahmad Faisal, Salleh Amat & Noriah Mohd. Ishak
Its success in university depends on several factors. Among the factors are
thefinancial, adequate facilities and equipment, other than the involvement
of teachers and students. The purpose of this study is to determine students’
level of satisfaction of the Community Service and the development of social
well-being in Universiti Kebangsaan Malaysia. In this study, 119 students who
participate in extracurricular activities have been the respondents.This study
uses a questionnaire. The results of analysis of this study indicate that the
level of student satisfaction with the activities of theCommunity Service is at
a moderate level. Similarly, the level of social well-being of students is also a
moderate level. The study also found that there was no difference in satisfaction
levels based on gender and social welfare. In addition, this study also found
that there was no significant relationship between the levels of satisfaction
with the level of Community Service activities of social well-being of students.
Implications of the study are also discussed in this research.
Keywords: Cocurriculum, Community Services, Social Well-being
PENGENALAN
Kokurikulum di universiti telah menjadi sebahagian daripada sistem
pendidikan di institusi pengajian tinggi di Malaysia ketika ini.Ianya telah
menjadi satu kegiatan yang diwajibkan kepada setiap pelajar di semua
pusat pengajian tinggi. Aktiviti kokurikulum dianggap penting sebagai
alat untuk memenuhi hasrat unggul dasar pendidikan kebangsaan,
iaitu perpaduan di kalangan pelajar-pelajar yang terdiri dari berbilang
kaum. Di Universiti Kebangsaan Malaysia, aktiviti kokurikulum
yang disediakan diharap dapat membekalkan serta memenuhi masa
senggang siswa-siswi dengan kegiatan yang lebih bermakna dan
berfaedah. Justeru, ianya memberi peluang kepada siswa-siswi untuk
meneroka pengalaman dalam mengurus, mentadbir, mengelola,
melaksana, menyelia dan menilai kegiatan kokurikulum yang mereka
pilih.
Penglibatan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum juga diharap
dapat membentuk siswa-siswi supaya mempunyai kestabilan emosi,
kejelekitan kelompok dan saling menghormati tanpa mengira
keturunan atau agama, pemikiran rasional serta kecergasan
jasmani. Justeru ianya diharap dapat membantu siswa-siswi dalam
meneroka keilmuan menerusi penglibatan yang bercorak penyertaan
Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010
Kepuasan Terhadap Aktiviti Khidmat Masyarakat 39
untuk semua. Pendidikan melalui kegiatan kokurikulum ditakrifkan
sebagai satu pengalaman pembelajaran meliputi aspek akal, adab,
fizikal, afektif dan sosial yang diterapkan secara formal, tak formal,
supaya dapat mengamati, menghayati, menganalisis dan menyelesaikan
sesuatu masalah melalui pendekatan yang lebih sesuai supaya hasilnya
dapat digunakan seumur hidup.
Kegiatan Kokurikulum
Kegiatan kokurikulum dianggap sangat berkesan untuk memupuk
keseimbangan perkembangan mental dan perkembangan rohani,
jasmani dan sosial pelajar. Aktiviti-aktiviti kokurikulum memberi arah
dan hala tuju kepada pelajar supaya menceburkan diri dalam kegiatan
yang berfaedah. Berikutan penceburan dalam kegiatan ini, diharapkan
dengan kemahiran-kemahiran yang dipelajari melalui aktiviti-aktiviti
tersebut boleh memupuk gaya hidup yang sihat.
Kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan interaksi antara
pelajar dan sekaligus memupuk integrasi antara kaum di samping
memupuk sifat kesopanan, berdikari, kerajinan bekerja, berdisiplin dan
patuh kepada undang-undang yang boleh membentuk pelajar supaya
menjadi warganegara yang berguna (Wee Eng Hoe, 1996).
Aktiviti sukan yang melibatkan permainan dan melibatkan
penyertaan sebagai dalam satu pasukan, atau dua peserta iaitu sukan
berpasukan atau aktiviti sukan perseorangan atau sukan individu.Sukan
juga didefinisikan dalam beberapa makna.
Kesejahteraan Sosial
Terdapat beberapa definisi kesejahteraan sosial menurut beberapa ahli.
Pertama, menurut Gertrude Wilson, “Kesejahteraan sosial merupakan
perhatian yang terorganisasi dari semua orang untuk semua orang”.
Walter Friedlander pula mendefinisikan “Kesejahteraan sosial sebagai
sistem yang terorganisasi dari institusi dan pelayanan sosial yang
dirancang untuk membantu individu atau kelompok agar dapat mencapai
standard hidup dan kesihatan yang lebih baik”.
Elizabeth Wickenden telah mendefinisikan “Kesejahteraan sosial
termasuk di dalamnya peraturan perundangan, program, tunjangan
Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010
40 Roslina Ahmad Faisal, Salleh Amat & Noriah Mohd. Ishak
dan pelayanan yang menjamin atau memperkuat pelayanan untuk
memenuhi keperluan sosial yang didasari dari masyarakat serta menjaga
ketenteraman dalam masyarakat”.Akhir sekali, menurut Pre-conference
working committee for the XVth International Conference of Social
Welfare menyatakan bahawa “Kesejahteraan sosial adalah keseluruhan
usaha sosial yang terorganisasi dan mempunyai tujuan utama untuk
meningkatkan taraf hidup mayarakat berdasarkan kontek sosialnya.
Di dalamnya tercakup kebijakan dan pelayanan yang terkait dengan
berbagai kehidupan dalam masyarakat seperti pendapatan, jaminan
sosial, kesihatan, perumahan pendidikan, rekreasi, tradisi budaya, dan
sebagainya”.
KERANGKA KONSEPTUAL KESEJAHTERAAN SOSIAL
Konsep kesejahteraan sosial dapat diinterpretasikan seperti model yang
diambil daripada barat iaitu daripada jurnal The Measurement Of Social
Well Being seperti Rajah 1.
KESEJAHTERAAN SOSIAL
PENYESUAIAN SOSIAL SOKONGAN SOSIAL
Kepuasan Bilangan Kepuasan
Dalam Penyesuaian Jaringan Dengan
Perhubungan Persekitaran Kontek
Prestasi
Peranan
Sosial
Rajah 1: Kerangka Konsep Kesejahteraan Sosial James S. Larson
(Jurnal The Measurement Of Social Well Being)
Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010
Kepuasan Terhadap Aktiviti Khidmat Masyarakat 41
Konsep kesejahteraan sosial dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu penyesuaian sosial dan sokongan sosial. Penyesuaian dapat
dibahagikan kepada tiga faktor iaitu kepuasan dalam perhubungan,
prestasi peranan sosial dan penyesuaian persekitaran. Sokongan sosial
pula mengandungi dua faktor utama iaitu bilangan jaringan dan kepuasan
dengan konteks.Jadi, tujuh faktor inilah yang dijadikan panduan oleh
pengkaji bagi membina instrumen kajian.
PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian dalam penyelidikan ini adalah untuk mengetahui:
1. Apakah tahap kepuasan di kalangan para pelajar yang mengambil
kursus Khidmat Masyarakat di Universiti Kebangsaan Malaysia.
2. Adakah wujud perbezaan tahap kepuasan kalangan para pelajar
yang mengikuti kursus Khidmat Masyarakat di Universiti
Kebangsaan Malaysia berdasarkan jantina.
3. Apakah tahap kesejahteraan sosial di kalangan para pelajar yang
mengambil kursus Khidmat Masyarakat di Universiti Kebangsaan
Malaysia.
4. Adakah wujud perbezaan tahap kesejahteraan sosial dalam
kalangan para pelajar yang mengikuti kursus Khidmat Masyarakat
di Universiti Kebangsaan Malaysia berdasarkan jantina.
5. Adakah wujud hubungan antara tahap kesejahteraan sosial dengan
tahap kepuasan pelajar terhadap aktiviti kokurikulum Khidmat
Masyarakat di Universiti Kebangsaan Malaysia.
KAEDAH KAJIAN
Lokasi Kajian
Kajian ini dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia di kampus
Kuala Lumpur.
Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010
42 Roslina Ahmad Faisal, Salleh Amat & Noriah Mohd. Ishak
Populasi
Subjek kajian adalah terdiri daripada 119orang di kalangan pelajar
lelaki dan perempuan yang belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia
di kampus Kuala Lumpur.Pelajar yang terpilih merupakan pelajar-
pelajar yang sedang menuntut di tahun satu.Pemilihan sampel adalah
menggunakan persampelan rawak mudah kerana populasi sampel tidak
seragam dan teknik dapat mengurangkan ralat persampelan.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan adalah gabungan daripada tiga
instrumen iaitu instrumen kajian Kesejahteraan Psikologikal,
Kesejahteraan Sosial dan kepuasan terhadap Aktiviti Kokurikulum.
pengkaji hanya menggunakan dua daripada instrumen kajian iaitu
instrumen Kesejahteraan Sosial dan instrumen Kepuasan Terhadap
Aktiviti Kokurikulum. Instrumen Kesejahteraan Psikologikal pula
digunakan oleh rakan pengkaji dalam penyelidikan yang lain. Instrumen
ini telah dibina sendiri oleh pengkaji bersama rakan penyelidik yang
seorang lagi.
Soal Selidik
Penyelidik menggunakan soal selidik sebagai alat kajian untuk
mengumpul maklumat mengenai latar belakang sampel kajian serta
menjawab domain-domain soalan yang berkaitan dengan kajian ini.
Rasionalnya penyelidik menggunakan set soal selidik ini adalah
berasaskan kepada pendapat Mohd Majid Konting (1993) yang
berpendapat bahawa soal selidik digunapakai untuk mendapatkan
maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak
dan sebagainya. Tuckman (1985), menyatakan soal selidik merupakan
satu cara berkesan untuk mendapatkan maklumat daripada responden
selain daripada pemerhatian terhadap tingkahlaku. Isaac dan Michael
dalam Ghazali (2002) juga mengutarakan idea yang hampir sama iaitu
soal selidik digunakan untuk memperolehi maklumat mengenai fakta,
kepercayaan, perasaan dan sebagainya
Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010
Kepuasan Terhadap Aktiviti Khidmat Masyarakat 43
Penyelidik telah menggunakan Iventori Kesejahteraan
Psikologikal, Sosial dan Kepuasan Terhadap Aktiviti Kokurikulum.
Dalam kajian ini, terdapat dua sub-domain yang digunakan oleh pengkaji
iaitu domain Kesejahteraan Sosial dan domain Kepuasan Terhadap
Aktiviti Kokurikulum. Sub domain yang pertama mengandungi 50 item
soalan manakala sub domain yang kedua mengandungi 20 item soalan.
Kesahan dan kebolehpercayaan bagi sub domain yang pertama iaitu
domain Kesejahteraan Sosial iaitu dari segi analisis reabiliti 50 item
yang ada ialah alpa 0.9205 dan kesahan bagi sub- domain yang kedua
iaitu Kepuasan Terhadap Aktiviti Kokurikulum ialah alpa 0.9545. Jadi,
menurut tafsiran nilai Cronbach bagi pekali-pekali korelasi alpa, kedua-
dua instrumen ini mempunyai kebolehpercayaan yang sangat baik.
Analisis Data
Data-data yang diperolehi akan dianalisis berdasarkan tujuan,
persoalan dan hipotesis kajian. Data-data yang diperolehi dianalisis
menggunakan perisian komputer. Program yang digunakan ialah
Stastistical Package For Social Science (SPSS/PC) (Norusis & SPSS
Ins. 1993). Penganalisisan data berstatistik menggunakan perisisan
pengaturcaraan SPSS dapat menghasilkan pengiraan yang tepat dan
kerana itu bebas daripada ralat (Mohd Majid Konting, 1990).Data yang
diperolehi ditunjukkan adalah menggunakan jadual dan rajah.Hal ini
bagi memudahkan pemahaman mengenai kajian ini.Keputusan analisis
deskriptif dan inferensi ini diterangkan dengan mendalam dan secara
terperinci berdasarkan jadual yang ditunjukkan. Bagi analisis tahap
kepuasan pelajar terhadap aktiviti Khidmat Masyarakat dan tahap
kesejahteraan sosial pelajar, dapatan data dibahagikan kepada tahap
rendah, sederhana dan tinggi. Tahap rendah adalah bagi skala jawapan
(0 sehingga 2), tahap sederhana (3), dan tahap tinggi ialah skala jawapan
(4 - 5).Jadi, setelah melihat bilangan skala jawapan yang diperolehi,
data dianalisis menggunakan kaedah peratusan bagi menunjukkan
ketiga-tiga tahap yang dicapai dalam kajian ini.
Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian
Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi
mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada
Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010
44 Roslina Ahmad Faisal, Salleh Amat & Noriah Mohd. Ishak
kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan
instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi
menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti.
Kesahan didefinisikan sebagai ketepatan (appropriateness),
kebenaran (truthfulness),bermakna (meaningfulness) dan kebolehgunaan
(usefulness) instrumen yang membolehkan data-data diinferenkan.
Kesahan juga bermaksud persetujuan antara dua percubaan untuk
mengukur trait yang sama secara maksimum dengan kaedah yang
berlainan. Pentafsiran pekali kebolehpercayaan yang boleh diterima
mengikut pengamal penyelidikan dalam sains sosial ialah lebih daripada
= .60. Dengan menggugurkan butiran-butiran yang merendahkan
pekali tersebut (dalam membina dan petunjuk item), penyelidik boleh
meningkatkan nilai reliabiliti terhadap alat ukur. Mengikut Mohd Majid
Konting (1993) tahap = 0.71 – 0.99 adalah tahap yang terbaik
(71% - 99%) kebolehpercayaan item oleh sampel.
DAPATAN KAJIAN
Jadual 1: Bilangan dan peratusan Tahap Kepuasan Terhadap Aktiviti
Khidmat Masyarakat Mengikut Kategori Rendah, Sederhana dan
Tinggi
Tahap kepuasan Bilangan Peratusan (%)
Rendah 8 6.7
Sederhana 66 55.5
Tinggi 45 37.8
Jumlah 119 100
Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010
Kepuasan Terhadap Aktiviti Khidmat Masyarakat 45
Carta 1:Peratusan Tahap Kepuasan Terhadap Aktiviti Khidmat
Masyarakat Mengikut Kategori Rendah, Sederhana dan Tinggi
Jadual 1 dan Carta 1 di atas merupakan hasil analisis mengenai
tahap kepuasanpelajar terhadap aktiviti Khidmat Masyarakat. Didapati
tahap kepuasan pelajar Khidmat Masyarakat adalah pada tahap sederhana
dengan bilangan peratus yang paling tinggi iaitu 55.5 peratus.
Jadual 2:Ujian –t Menunjukkan Perbezaan Tahap Kepuasan Dalam
Kalangan Pelajar Mengikut Jantina
TKTAKM N M SD t df P
Lelaki 33 3.6576 .62238 -1.386 115 0.168
perempuan 84 3.8321 .60920
Jadual 2 menunjukkan hasil analisis ujian –t perbezaan tahap
kepuasan dalam kalangan pelajar mengikut jantina. Didapati tiada
perbezaan tahap kepuasan dalam kalangan pelajar mengikut jantina
apabila (t=-.1.386, p >.05).
Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010
46 Roslina Ahmad Faisal, Salleh Amat & Noriah Mohd. Ishak
Jadual 3:Bilangan Dan Peratusan Tahap Kesejahteraan sosial Dalam
Kalangan Pelajar Yang Mengikuti Kursus Khidmat Masyarakat
Kategori Rendah, Sederhana dan Tinggi
Tahap kepuasan Bilangan Peratusan (%)
Rendah 2 1.7
Sederhana 73 61.3
Tinggi 44 37.0
Jumlah 119 100
Carta 2:Peratusan Tahap Kesejahteraan Sosial Dalam Kalangan
Pelajar Aktiviti Khidmat Masyarakat Mengikut Kategori Rendah,
Sederhana dan Tinggi
Jadual 3 dan Carta 2 merupakan hasil analisis mengenai tahap
ksejahteraan sosial pelajar Khidmat Masyarakat. Didapati tahap
kepuasan pelajar Khidmat Masyarakat adalah pada tahap sederhana
dengan bilangan peratus yang paling tinggi iaitu 61.3 peratus.
Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010
Description:kajian ini menunjukkan bahawa tahap kepuasan pelajar terhadap aktiviti. Khidmat .. Unpublished Master's Thesis, Leed Metropolitan. University.